Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

NKMH, Pertubuhan Ad Deen edar pek berbuka puasa kepada rakan jalanan di Chow Kit

today31 March 2024

Background


PETALING JAYA – NKMH Media Sdn. Bhd. (NKMH) telah bekerjasama dengan Pertubuhan Ad Deen untuk menyantuni 300 rakan jalanan dengan mengedarkan lebih daripada 300 pek makanan untuk berbuka puasa baru-baru ini.

Pengarah Operasi NKMH, Muhamad Hafiz Che Yahaya berkata, ini adalah salah satu inisiatif daripada program tanggung jawab sosial korporat syarikat bagi membantu golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadan kali ini.

Menurut beliau, ini merupakan tahun ke tujuh program CSR syarikat dan pada tahun ini, pihaknya memberi tumpuan kepada usaha membantu golongan rakan jalanan.

“Kami bersama-sama Pertubuhan Ad Deen untuk menganjurkan sebuah kempen untuk mengumpul dana dan menyumbangkan pula kepada rakan jalanan di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

“Rakan jalanan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, mereka bukan gelandangan yang homeless tetapi terdiri daripada miskin bandar.

“Ada dalam kalangan mereka yang bekerja dan mempunyai tempat tinggal tetapi tidak memiliki duit…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Stadium MPT sedia anjur Liga M

Kuantan: Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Temerloh sedia menganjurkan perlawanan Liga Malaysia (Liga M), khususnya Liga Super yang dijadualkan bermula Mei depan.

today31 March 2024