Kool FM

Noor Al-Rawabdeh Alami Kecederaan Lutut, Bakal Terlepas Aksi Musim Ini


Berita buruk bagi kem Selangor FC dimana salah seorang pemain import mereka iaitu Noor Al-Rawabdeh mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) sekaligus memaksa pemain itu untuk berehat panjang.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Noor memuat naik kenyataan dimana beliau disahkan mengalami kecederaan ACL selepas aksi Liga Super menentang PDRM FC di Stadium MP Selayang baru-baru ini.

Baca Juga:

“Selepas pemeriksaan, saya disahkan mengalami kecederaan ACL. Dan kami hanya mengeluarkan kata-kata yang baik, segala puji syukur kepada Allah untuk semuanya,” katanya.

Noor Al-Rawabdeh
Noor Al-Rawabdeh

Noor Al-Rawabdeh menjadi salah satu pemain penting bagi Selangor musim ini dimana beliau menjadi pilihan ketua jurulatih pasukan, Nidzam Jamil untuk mengisi bahagian tengah dalam kesebelasan utama.

Malah, pemain berusia 27 tahun itu juga diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai ketua pasukan sekiranya Safuwan Baharudin tidak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version