Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan Noor Azman Hj Rahman sebagai setiausaha agungnya yang baharu berkuat kuasa 1 September 2022 bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Mohd Saifuddin Abu Bakar.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Pada 23 Ogos lalu, Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2021-2025 telah menerima peletakan jawatan Mohd Saifuddin kerana beliau mahu menumpukan kerjayanya ke peringkat antarabangsa.
Noor Azman, 55, ketika ini bertugas sebagai Koordinator Presiden FAM sejak tahun 2018 apabila Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dipilih sebagai Presiden FAM.
Terdahulu Noor Azman pernah dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) pada 2012 sebelum beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung MUSA selama tiga tahun dari 2015 hingga 2018.
Pada pemilihan MUSA bagi penggal 2020-2023, Noor Azman sekali lagi telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: