Site icon Kool FM

Nora Danish Derma Baju Lama Dekat Kawan Bukan Islam


“Saya perlu buang semua gambar tidak menutup aurat dalam Instagram (IG), tetapi dalam masa sama, saya tengok jugalah gambar lama. Ia mengambil masa kerana jumlah gambar melebihi 26,000.

“Saya baru buang beberapa ribu dan masih ada banyak lagi. Bila tengok gambar lama, saya cakap dalam diri ‘apalah aku buat dulu’.

“Namun, itu adalah proses kehidupan. Kalau saya tidak melalui fasa ini, mungkin tiada rasa menyesal seperti sekarang. Jadi, penghijrahan sekarang lebih terkesan sebab saya sudah lalui semuanya,” katanya.

Pada masa sama, Nora mengakui tidak mudah untuknya istiqamah dalam penghijrahan dan sentiasa berdoa agar dikelilingi insan yang terus mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

“Untuk berhijrah senang, tapi untuk istiqamah tak mudah. Istiqamah ini merangkumi pelbagai sudut seperti menjaga solat pada awal waktu, berzikir dan sebagainya.

“Jadi, saya berdoa untuk kekalkan rasa sedih, sayu dan berdosa dalam diri selama-lamanya. Sebab saya tak mahu kalau berdoa sudah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version