PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport) dan Alam Flora Environmental Solutions (AFES) telah bekerjasama menganjurkan hari terbuka Port Reception Facilities (PRF) seiring dengan sambutan Hari Persekitaran Dunia tahun 2023.
Majlis tersebut telah dirasmikan ole Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof dan Ketua Pegawai Operasi AFES, Nazar Abdul Raof.
Lebih daripada 200 tetamu yang terdiri daripada pekerja di pelabuhan tersebut dan juga di kedua-dua buah syarikat turut memeriahkan majlis berkenaan.
Mengulas lanjut, Azman berkata, kesan daripada perubahan iklim telah menyebabkan kenaikan kes berkaitan bencana alam, gelombang panas, kenaikan paras laut dan kehilangan biodiversiti. Keluasan hutan juga semakin kecil dan pencemaran udara telah menyebabkan hidupan liar hidup dalam keadaan terancam.
“Di sebalik cabaran tersebut, pastinya ada harapan, bagaimanapun ia telah memberi kuasa kepada komuniti untuk bekerja bersama-sama untuk mengatasi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: