Site icon Kool FM

Northport catat rekod baharu kendalian kargo konvensional tahun 2023


PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport), ahli Kumpulan MMC, telah mencatat rekod baharu kendalian kargo konvensional setelah mengendalikan 11,405,312 Freight Weight Tonnes (FWT) kargo konvensional pada tahun 2023. 

Prestasi pecah rekod ini mengatasi pencapaian sebelumnya, iaitu sebanyak 11,115,670 FWT yang dicatatkan pada tahun 2022. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd Yusof mengumumkan pencapaian pecah rekod baharu ini semasa acara sambutan Tahun Baru 2024 di Dermaga 8A, Northport pada 31 Disember 2023.

“Dengan berakhirnya 2023, segmen kargo konvensional menutup tirai tahun ini dengan kejayaan yang cukup membanggakan setelah mengatasi rekod yang dicatat pada tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 2.6 peratus,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Prestasi pecah rekod kargo konvensional Northport disumbangkan oleh peningkatan yang ketara dalam kendalian kargo pukal am, yang telah mencatat pertumbuhan sebanyak 9.5 peratus…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version