PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport) telah menganjurkan Hari Keselamatan Northport 2022 khusus buat kakitangan dan pengguna pelabuhannya bertujuan memberi penekanan tentang pentingnya mengutamakan amalan kerja yang selamat dan sihat.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk sesi penyampaian anugerah Best Safety Performer kepada kakitangan cemerlang atas komitmen, contoh teladan dan aspek keselamatan serta kesihatan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, program tersebut mencerminkan usaha berterusan kumpulan untuk memupuk kesedaran berhubung kepentingan keselamatan dan kesihatan dalam kalangan kakitangan.
“Program itu juga memberi peluang kepada mereka yang berprestasi cemerlang untuk berkongsi detik membanggakan bersama ahli keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang Hari Keselamatan Northport 2022 yang merangkumi pemeriksaan kesihatan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
