Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Northport sumbang makanan, peralatan perubatan

today13 August 2021

Background


PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd. (Northport), ahli kumpulan MMC, telah ­menyumbang sebanyak 2,000 bekalan makanan asas kepada masyarakat yang memerlukan bantuan di Klang bulan lalu.

Sumbangan tersebut telah dijayakan bersama lebih 20 masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Klang untuk mengenal pasti penerima yang berkelayakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, sebagai organisasi korporat yang bertanggungjawab, Kumpulan komited untuk terus membantu komuniti dan petugas barisan hadapan dalam mengharungi masa sukar ini.

“Saya percaya bahawa kita akan dapat keluar dari krisis kesihatan ini bersama-sama,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Northport juga telah menyumbang peralatan perubatan kepada Pusat Kesihatan Pelabuhan Klang untuk kemudahan pusat saringan Covid-19.

 



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Kehadiran Messi tambah tekanan Pochettino

Paris: Ketibaan Lionel Messi di Paris Saint-Germain (PSG) menyaksikan kelab itu mempunyai barisan jentera serangan cukup digeruni dan kini jurulatih, Mauricio Pochettino berdepan tekanan untuk memastikan kejayaan di atas padang seperti yang diinginkan pemilik kelab berkenaan.

today13 August 2021