Site icon Kool FM

Notis Pemandu Grab Tentang Bau ‘Hanyir’ Jadi Tular, Rupanya Petanda Penyakit Jarang Jumpa Yang Buka Mata Netizen


Sudah menjadi lumrah buat kita mempunyai satu prasangka negatif terhadap individu yang badannya berbau busuk dengan mengaitkan ia tidak menjaga kebersihan diri.

Bagaimanapun, satu hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna Threads @husnazaris yang bertemu dengan individu yang badan berbau hanyir rupanya disebabkan penyakit yang jarang ditemui dan bukanlah seperti yang digambarkan oleh masyarakat.

Menerusi gambar yang dikongsikan, pemandu Grab telah meletakkan notis mengenai penyakit serius yang dihadapinya sebagai makluman buat setiap pelanggan.

“Hello saya pemandu Grab yang mengalami masalah metabolisme (Metabolic Disorder), masalah yang tiada ubat tetapi saya pembersih, harap maaf,” mesej tertera pada notis yang diletakkan di bahagian belakang tempat duduk pemandu.

Apa itu TMAU?

Trimethylaminuria (TMAU), atau lebih dikenali sebagai Sindrom Bau Ikan, merupakan satu gangguan metabolik yang jarang berlaku di mana badan kehilangan keupayaan untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version