Kool FM

Nourul Depp Kagum Siti Nurhaliza Pimpin Tangan Habsah Hassan Di AIM25 – ‘Saya Hormati Kesopanan & Kebaikannya’


Penyanyi Nourul Depp, meluahkan rasa kagum terhadap Biaduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang disifatkan sebagai antara figura yang sentiasa menjaga adab ketika bersama dengan orang lain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Syukur 14 Pencalonan AIM25, ‘Gema Bumantara’ Jadi Kemenangan Buat Semua

Keperibadian Siti Nurhaliza

Menerusi perkongsian di Threads, Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab berkata, kesopanan Siti Nurhaliza merupakan sesuatu yang lahir secara semula jadi daripada keperibadiannya.

Pujian yang diberikan oleh pelantun lagu Kerana Terluka itu adalah susulan tindakan Siti Nurhaliza yang memimpin tangan Datuk Habsah Hassan naik ke pentas ketika menerima trofi di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25). 

Tindakan itu dianggap sebagai antara momen menyentuh hati pada malam anugerah berkenaan.

Siapa yang tak suka atau kurang senang dengannya akan menjadi lemah apabila melihat adab sopan dan baiknya. 

Ini tidak bisa dilakonkan. Ini semulajadi….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version