
Penyanyi, Nourul Depp mendedahkan kawasan kediamannya di Bali, Indonesia didakwa merupakan lokasi pembuangan makhluk halus.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Hamba Allah Suruh Batalkan Konsert, Sebab Dia Mahu Buat Sesuatu Yang Lain Untuk Saya’ – Nourul Depp
Rumah ada pejangga


Menerusi podcast Di Sebalik Misteri, Nourul, 48, berkongsi pengalaman menyeramkan yang pernah dialaminya sepanjang menetap di kediaman tersebut bersama keluarga.
Menurut pelantun lagu Kerana Terluka itu, kejadian aneh mula berlaku ketika dia jatuh sakit dan mendapatkan rawatan di rumah sebelum salah seorang staf doktor memaklumkan tentang kehadiran ‘penjaga’ di kediamannya.
Ada satu hari saya jatuh sakit, panggil doktor datang rumah. Tiba-tiba staf doktor itu tegur cakap rumah saya ada pejangga. Katanya penjaga itu tidak kacau pun.
Saya tanya dia putih ke hitam, dia jawab putih. Saya cakap dengan makhluk itu, jangan kacau anak-anak. Staf itu kata, jika ada yang datang rumah saya berniat jahat, akan berlaku sesuatu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: