Kool FM

Nozel Pam RON95 Dicabut Bukan Untuk Elak Kereta Singapura Pakai, Tapi Sebab Rosak


Semalam tular gambar-gambar menunjukkan ketiadaan nozel pam RON95 di beberapa pam minyak.

Perkara itu membuatkan netizen mengeluarkan beberapa andaian seperti kehabisan bekalan minyak dan bagi mengelakkan kereta bernombor pendaftaran Singapura menggunakan RON95.

Baca Juga:

Nozel Pam RON95 Dicabut Bukan Untuk Elak Kereta Singapura Pakai, Tapi Sebab Rosak
Sumber Gambar: KPDN Johor via Berita Harian

Bagaimanapun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Johor menafikan dakwaan andaian tersebut.

Memetik Berita Harian, Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, berkata tindakan itu dilakukan susulan kebocoran pada tangki utama bawah tanah.

Sumber Gambar: Facebook Community Roda Johor – CRJ

“Menerusi percakapan dengan pengurus stesen memaklumkan ada nozel RON95 dicabut disebabkan berlaku kebocoran pada tangki utama bawah tanah.

“Lapan nozzle tiada di pam (telah dicabut) iaitu pam 3, 4, 7, 8, 11, 12, 13 dan 14. Laporan berhubung isu ini juga telah dikemukakan kepada KPDN Putrajaya pada Julai lalu,” katanya dihubungi di sini,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version