KUALA LUMPUR – Agensi insurans terkemuka, Norman Pang Group (NPG) mengumumkan perancangan untuk disenarai di Bursa Saham Singapura (SGX) menjelang Mac tahun depan.
NPG merekodkan pungutan premium tahun pertama tertingginya pada RM63.4 juta tahun lalu, dengan tenaga kerja terdiri daripada 380 ejen berdaftar dan kontrak.
Pengasas dan Pengerusinya, Datuk Seri Norman Pang berkata, pihaknya memasang matlamat untuk mencatat pertumbuhan sebanyak 10 peratus setiap tahun.
“Kami juga meletakkan sasaran untuk beroleh pungutan premium tahun pertama sebanyak RM80 juta, sebagai bukti komitmen kami untuk memperluas jangkauan dan pengaruh dalam industri insurans.
“SGX dipilih berbanding Bursa Malaysia kerana kami mahu menjadikannya sebagai platform untuk meluaskan jangkauan syarikat ke pasaran antarabangsa termasuk pasaran Hong Kong dan Taiwan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian bagi memulakan proses pratawaran awam permulaan (pra-IPO) bersama Evolve…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: