Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nubhan Merealisasikan Impian Mak Jenny Ke Korea

today5 December 2025

Background
[VIDEO] ‘Hasrat Mak Nak Ke Korea Dah Terlaksana’ – Nubhan


Penyanyi Nubhan akhirnya berjaya melunaskan impian ibunya, Mak Jenny, yang mahu bercuti ke Korea Selatan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Hadiahkan TV Baru Untuk Mak Jenny, Netizen Tersentuh

Artikel Berkaitan: Mak Jenny Ada Masalah Radang Paru-Paru, ‘Gel’ Lutut Dah Haus & Perlu Buat Pembedahan

Mak Jenny ke Korea

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nubhan atau nama lengkap Ahmad Nubhan Ahamad, 39, berkongsi momen bersama Mak Jenny di dalam kapal terbang bertaraf ‘business class’.

Menerusi video berdurasi hampir empat minit itu, Nubhan dilihat menunjukkan beberapa kemudahan yang disediakan dalam penerbangan kepada Mak Jenny.

Hasrat mak nak ke Korea dah terlaksana.

Nubhan raih pujian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pelantun lagu ‘Kekasih Untukku’ yang selalu mengutamakan ibunya. Selain itu, warganet tumpang gembira melihat percutian dua beranak tersebut.

Sumber: TikTok @nubhan86



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nadhirah


Previous post

Hiburan Semasa

Lagu main peranan penting dalam filem – Yusof Haslam

Kuala Lumpur: Sidang media Konsert Sembilu The Reunion semalam menjadi gamat dengan 'usikan' pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam terhadap tiga anak didiknya, iaitu Datuk Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 December 2025