Kool FM

OBPVO: Karya Erma Fatima Mendunia! ‘Keluarga Itu’ Rangkul Trofi Drama Paling Viral


Drama rantaian mencetuskan fenomena, Keluarga Itu, terus membuktikan dominasinya dalam industri hiburan tanah air apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Drama Paling Viral  di malam penganugerahan OhBulan! Paling Viral Online (OBPVO).

Drama Paling Viral

Karya hebat sentuhan figura tersohor, Erma Fatima, yang disiarkan di TV3 dan platform penstriman Tonton ini berjaya mengetepikan empat pencalonan sengit yang lain.

Drama terbitan Rumah Karya Citra ini merupakan hasil kerjasama strategik tiga pengarah berkaliber iaitu Nur Ain Sharif, Ejump Mohd dan Amor Rizan. 

Gabungan visi kreatif mereka berjaya menterjemahkan naskah ini menjadi sebuah karya yang bukan sahaja tular di media sosial, malah meninggalkan impak mendalam kepada penonton.

Sebagai tanda pengiktirafan terhadap impak digital dan populariti drama tersebut, Erma Fatima telah membawa pulang sebuah trofi eksklusif yang direka khas oleh pihak penganjur.

Majlis yang berlangsung penuh meriah itu dihoskan oleh penyampai radio…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version