Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

OE EduGroup, SBE UPM anjur program kepimpinan berteraskan manfaat AI

today11 August 2026

Background


PETALING JAYA – OE EduGroup dan School of Business and Economics (SBE), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan siri kepimpinan transformasional, menerusi program sulung Leadership Workshop Series 1: The AI Humanity Code baru-baru ini.

Program ini bertujuan untuk membangunkan pemimpin berwawasan, beretika dan bersedia menghadapi landskap kepimpinan yang semakin dipengaruhi kecerdasan buatan (AI).

Program yang dikendalikan oleh Pengerusi OE EduGroup, Datuk Wira Dr Calvin Khiu itu akan memfokuskan kepada aspek keseimbangan antara kemajuan teknologi dan nilai kemanusiaan dalam kepimpinan.

Sehubungan itu, pendekatan program itu akan membolehkan peserta meneroka bagaimana AI dapat dimanfaatkan secara strategik tanpa mengabaikan elemen penting seperti empati, integriti dan hubungan sesama manusia.

“Perkembangan AI bukan sahaja mengubah landskap pelbagai industri, malah turut membawa perubahan terhadap cara pemimpin membuat keputusan, mengurus organisasi dan membina…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post