Tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin, pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi sanggup menolak beberapa tawaran kerja bernilai tinggi daripada syarikat atau produk yang dikaitkan dengan Israel.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa Semak Senarai Boikot Sebelum Beli Perkakas Dapur Jenama Antarabangsa – ‘Kalau Tersilap, Saya Akan Buang’
Solidariti Palestin

Oki, 36, berkata, keputusan itu dibuat bukan kerana tekanan mana-mana pihak, sebaliknya kesedaran peribadi untuk kekal istiqamah menyokong Gaza. Meskipun dia terpaksa melepaskan tawaran yang menjanjikan pulangan lumayan.
Banyak tawaran kerja yang terpaksa saya tolak walaupun bayarannya sangat lumayan. Sebagai manusia biasa, tentu saya perlukan wang untuk keperluan hidup dan pendidikan anak-anak.
Namun saya tidak sanggup menipu diri sendiri. Dalam hati, saya ingin membantu Gaza, jadi saya lakukan apa yang termampu.
Oki berkata demikian ketika ditemui di Majlis Tayangan filem Hayya 3: Gaza yang berlangsung di Pavilion…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: