Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pada ketika ini berlangsungnya acara teknologi terkini yang dinamakan Mobile World Congress 2023 di Fira de Barcelona. Menerusi acara MWC 2023, OnePlus telah membawakan kejutan dengan pengenalan konsep OnePlus 11 Concept buat tatapan umum.
Kini OnePlus nampaknya turut memperlihatkan sebuah lagi aksesori yang cukup menarik yang dinamakan OnePlus 45W Liquid Cooler. Aksesori ini dikatakan mampu menyejukkan sebuah peranti dengan agresif sekali seperti mana sistem penyejuk yang ada di komputer.

OnePlus 45W Liquid Cooler ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian penyejuk yang mempunyai plat penyejuk yang akan disambungkan kepada bahagian peranti dan satu lagi bahagian yang berbentuk bongkah berfungsi membekalkan kuasa kepada bahagian penyejuk tersebut.

Seperti yang tertera pada namanya, penyejuk cecair buatan OnePlus ini boleh mengalirkan sebanyak 45W kuasa yang membenarkan peranti untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: