Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee menasihati para penyokong setia kelab tersebut agar tidak memberikan tekanan terlalu tinggi buat penyerang import kelahiran Portugal, Jose Alberto Djalo Embalo.
Embalo yang menggantikan Neto Pessoa pada pertengahan musim kini menjadi mangsa kecaman hebat para penyokong Sabah selepas beliau masih belum mampu untuk mempamerkan kualiti sebenar.
Berdasarkan statistik, penyerang berusia 29 tahun itu sudah diturunkan dalam enam perlawanan Liga Super atau lebih tepat lagi selama 365 minit dimana beliau masih lagi ketandusan jaringan.
Meskipun menyedari keresahan para penyokong terhadap masalah yang dihadapi kelab kesayangan mereka itu, Kim Swee beranggapan kejayaan sesebuah pasukan tidak hanya bergantung kepada seorang pemain sahaja.
“Ya, sudah tentu prestasi Embalo tidak memuaskan dan pada masa yang sama saya minta kerjasama semua pihak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
