Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Hanya satu matlamat tunggal buat Sabah FC yang akan bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Sabtu ini berdepan Terengganu FC iaitu tidak mahu pulang dengan tangan kosong.
Itu harapan ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, yang mahu pemain-pemainnya berjuang sehingga keringat terakhir bagi memastikan kedudukan mereka kini di tangga kedua Liga Super tidak terjejas.
Namun, beliau tidak menafikan laluan berduri bakal dilalui Sabah kerana Terengganu amat sukar dijinakkan di laman sendiri dengan statistik menunjukkan mereka hanya baharu tewas sekali iaitu semasa berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Di penghujung saingan dengan hanya tinggal beberapa perlawanan, apa sahaja mata yang dapat dipungut adalah penting dan kami tidak mahu pulang ke Sabah dengan tangan kosong selepas perlawanan dengan Terengganu.”
“Di tempat sendiri, Terengganu FC mempunyai rekod sangat baik dan mereka telah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
