Ong Yew Sin-Teo Ee Yi memastikan Malaysia masih mempunyai wakil untuk beraksi di peringkat separuh akhir kejohanan badminton Japan Masters 2023 selepas mereka berjaya menundukkan Lee Fang-Chih-Lee Fang-Jen di suku akhir, sebentar tadi.
Tekanan sudah pastinya digalas pasangan beregu nombor dua negara itu selepas melihat tiga rakan sepasukan mereka tumbang satu demi satu pada aksi di sebelah pagi tadi.
Artikel Berkaitan:
Berdepan lawan yang berada di ranking ke-25 dunia serta memiliki rekod kemenangan 1-0 bukanlah petunjuk sebenar aksi di gelanggang.
Pasangan kembar dari Chinese Taipei itu jelas tidak memberikan laluan mudah buat Yew Sin dan Ee Yi untuk mencapai kemenangan.
Ia jelas dibuktikan apabila Ong Yew Sin-Teo Ee Yi meraih kemenangan dengan jurang yang rapat 21-19 pada set pertama.
Namun, laluan lebih selesa pada set kedua apabila mereka mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dengan kemenangan 21-16 untuk menempah pertemuan dengan pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: