PETALING JAYA – Gas Malaysia Berhad, ahli Kumpulan MMC mengumumkan telah menerima pengesahan rasmi daripada pembekal pada 1 Julai lalu mengenai pemansuhan pengurangan gas di Shah Alam dan stesen Batu Tiga City Gate, susulan insiden kebakaran saluran paip di Putra Heights.
Katanya dalam satu kenyataan semalam, susulan perkembangan tersebut, bekalan gas telah disambung semula mengikut kuantiti ditetapkan dalam Perjanjian Bekalan Gas dengan pelanggan.
“Pencapaian ini mencerminkan usaha bersepadu dan kerjasama erat dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memastikan penghantaran gas yang selamat.
“Kumpulan amat mementingkan keselamatan dan akan terus berpegang teguh pada peraturan ketat piawaian operasi untuk memastikan pembangunan infrastruktur gas dilaksanakan secara bertanggungjawab,” katanya.
Tambah kenyataan itu, rangkaian saluran paip Gas Malaysia ialah sistem pengagihan gas asli yang direka untuk menghantar gas asli dengan selamat kepada pengguna akhir…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: