SUBANG – Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) telah bersedia untuk memulakan semula operasi kapal terbang jet pada Khamis ini selepas 22 tahun, apabila semua operasi jet dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2002.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, fasa operasi interim jet (IJO) di LTSAAS, yang bermula 1 Ogos 2024 telah meningkatkan kapasiti terminal lapangan terbang berkenaan daripada 1.5 juta penumpang kepada tiga juta setahun, sambil memperkenalkan operasi pesawat jet berbadan sempit seperti Boeing 737 dan Airbus A320.
“Kerja pembinaan untuk IJO telah bermula pada Disember 2023 sebelum siap pada 30 Jun 2024, dan hari ini LTSAAS telah bersedia untuk memulakan semula operasi untuk pesawat jet.
“Operasi jet di LTSAAS dihadkan kepada hanya satu penerbangan untuk setiap jam disebabkan kapasiti terminal yang terhad, dengan tempoh operasi dari pukul 6 pagi hingga 10 malam memandangkan kawasan ini turut dikelilingi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: