PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada Rabu dan Khamis ini.
Ketua Ekonomi & Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pihaknya berpandangan BNM ingin memantau situasi ekonomi negara terlebih dahulu berikutan ketidaktentuan prospek ekonomi global serta
melihat kesan daripada kenaikan OPR tahun lalu kepada ekonomi.
“Secara umumnya, ekonomi Malaysia telah pun mencatatkan pertumbuhan yang tinggi tahun lalu iaitu 8.7 peratus, manakala pasaran buruh juga dilihat semakin stabil dengan kadar pengangguran terus merosot kepada 3.6 peratus pada Disember lalu berbanding 4.2 peratus pada Januari 2022.
“Justeru, kemungkinan OPR bakal dinaikkan pada tahun ini sememangnya ada sekitar 25 mata asas, selebihnya bergantung kepada momentum pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: