PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus bagi sepanjang tahun 2023, berikutan situasi pasaran kewangan tempatan dan global ketika ini, menurut MIDF Research.
Firma penyelidikan pasaran itu berkata, BNM terlepas peluang bagi membina ruang dasar monetari sewaktu mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Januari dan 9 Mac lalu, ketika data ekonomi domestik mencerminkan arah aliran stabil dan kukuh.
Jelasnya, sekiranya OPR dinormalisasi sepenuhnya pada paras tiga peratus lebih awal, ia bakal mewujudkan ruang kewangan lebih besar untuk bank pusat sekiranya kelembapan ekonomi domestik berlaku lebih teruk berbanding jangkaan.
“Walau bagaimanapun, keputusan itu tertakluk kepada kestabilan pertumbuhan ekonomi, peningkatan harga dan perubahan keadaan makroekonomi, khususnya pemulihan berterusan pasaran buruh dan permintaan dalam negeri yang semakin meningkat.
“Dari perspektif jangka sederhana,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: