PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus.
MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif.
Menurutnya, langkah-langkah fiskal dan kewangan akan terus mengurangkan kesan ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada kegiatan ekonomi.
“Berikutan keadaan pandemik yang tidak menentu, pendirian dasar monetari akan terus ditentukan oleh data, maklumat baharu dan kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
“Bank Pusat terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, BNM menjelaskan, ekonomi global terus pulih, disokong oleh peningkatan aktiviti perkilangan dan perkhidmatan, kekuatan pemulihan berbeza-beza merentas pelbagai negara terutamanya mengikut liputan pemberian vaksin,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
