Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

OPR kekal 2.75% – Kosmo Digital

today22 January 2026

Background


PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuarat pertamanya tahun ini mengambil keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 2.75 peratus.

Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan BNM hari ini berkata, pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan memberikan sokongan terhadap ekonomi dalam keadaan harga yang stabil.

Menurutnya, pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2025 dijangka berada sekitar paras atas julat unjuran (4-4.8 peratus), dan momentum pertumbuhan ini dijangka berterusan pada 2026, disokong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.

“Guna tenaga, pertumbuhan upah serta langkah-langkah dasar berkaitan pendapatan akan kekal menyokong perbelanjaan isi rumah.

“Aktiviti pelaburan akan didorong oleh kemajuan projek berbilang tahun yang dilaksanakan dalam sektor swasta dan awam, pelaksanaan projek awam baharu yang berskala kecil, lebih…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post