Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

OPR naik kali ketiga berturut-turut tahun ini

today8 September 2022

Background


PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus.

Ini adalah kenaikan kali ketiga berturut-turut pada tahun ini yang mana pada bulan Julai, kadar penanda aras pinjaman dan simpanan itu dinaikkan kepada 2.25 peratus, 2.00 peratus pada bulan Mei dan pada bulan Mac, ia berada pada kadar terendah iaitu 1.75 peratus setahun.

Menurut bank pusat dalam kenyataannya, pada kadar OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

“ MPC tidak membuat sebarang ketetapan awal serta akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. 

“Sebarang pelarasan pada penetapan dasar monetari pada masa hadapan akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post