Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

OPR turun kepada 2.75 peratus

today9 July 2025

Background


PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Kadar siling dan lantai koridor OPR turut dikurangkan, masing-masing kepada tiga peratus dan 2.5 peratus.

Menurut Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan BNM hari ini, walaupun ekonomi domestik berada pada kedudukan yang kukuh, ketidaktentuan yang menyelubungi perkembangan luar boleh menjejaskan prospek pertumbuhan Malaysia.

“Pengurangan OPR merupakan langkah awal yang bertujuan untuk memelihara laluan pertumbuhan Malaysia yang stabil, di tengah-tengah prospek inflasi yang sederhana.

“MPC akan terus berwaspada dengan perkembangan berterusan dan menilai imbangan risiko prospek pertumbuhan dalam negeri dan inflasi,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Kemudahan e-sukan Malaysia dapat pujian

Kuala Lumpur: Malaysia kini menjadi tumpuan komuniti permainan global menjelang penganjuran kejohanan Piala Pertengahan Musim (MSC) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bersempena Piala Dunia E-sukan (EWC) 2025.

today9 July 2025