Dwayne “The Rock” Johnson bukan sahaja dikenali sebagai bintang filem dan bekas atlet gusti WWE, tetapi juga usahawan syampu yang berjaya.
Menurut laporan MSN baru-baru ini, nama The Rock kembali menjadi buah mulut netizen selepas produk penjagaan rambut di bawah jenama miliknya, Papatui, ditemui terjual di beberapa kedai.
Seorang pengguna X, @dylanonvinyl, memuat naik gambar syampu dan perapi jenama tersebut.
Beliau keliru dan mempersoalkan mengapa selebriti yang terkenal dengan kepala botak itu menjual produk penjagaan rambut.
Menurut laporan Vanity Fair, pelakon yang kini berusia 50-an ini memilih untuk membotakkan kepala sepenuhnya pada 2010.
Dalam satu hantaran pada 2017, The Rock menjelaskan bahawa dia tidak mengalami masalah keguguran rambut, tetapi mencukur habis rambutnya atas kehendak sendiri.
Namun, bertentangan dengan laporan bahawa produk ini adalah keluaran baharu, syampu dan perapi Papatui sebenarnya telah dilancarkan sejak Mac…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: