Site icon Kool FM

‘Orang Dalam’ Bantu Songlap RM24.2 Juta Ditahan Polis


Seorang kakitangan sebuah bank telah ditahan selepas disyaki bertindak sebagai ‘orang dalam’ dan bersubahat dengan sindiket bagi mengeluarkan wang tunai bernilai RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan tetap.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima empat laporan pada awal Jun yang memaklumkan tentang pengeluaran wang yang mencurigakan.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa dan kakitangan bank terbabit di Petaling Jaya, Selangor, yang mendakwa berlaku pengeluaran wang secara tunai di Kota Kinabalu, Sabah tanpa pengetahuan mereka.

Kesemua pemilik akaun terlibat mendakwa tidak mengetahui tentang transaksi pengeluaran tersebut dan tidak pernah ke Kota Kinabalu untuk melakukan pengeluaran.

“Susulan itu, seorang suspek berusia 38 tahun yang juga kakitangan bank terbabit ditahan di sekitar Kota Kinabalu,” katanya seperti yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version