Site icon Kool FM

Orang Ramai Mengeluh Selalu Habis Awal, JPJ Laksana Nombor Giliran Tanpa Had Sejak Januari Lalu

JPJ Akan Jual 375,792 Nombor Plat 'Expired' Di Sistem E-Baki, Anggaran Hasil Tambahan RM115.96 juta


Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli memaklumkan agensi tersebut sudah melaksanakan pemberian nombor giliran tanpa had sepanjang waktu operasi di semua pejabat di seluruh negara sejak 13 Januari lalu.

Menurut beliau keputusan itu dibuat susulan maklum balas orang ramai berhubung situasi nombor giliran ‘habis awal’ walaupun waktu operasi masih berbaki, petik Berita Harian.

“JPJ ingin menegaskan bahawa pendekatan baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan jabatan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif, telus dan berorientasikan pelanggan.

“Situasi nombor giliran habis sebelum ini bukanlah disebabkan penutupan awal kaunter, sebaliknya berdasarkan penetapan had kapasiti harian mengikut keupayaan sebenar operasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, penetapan had giliran sebelum ini dibuat berdasarkan keupayaan sumber manusia, tempoh masa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version