Boleh dikatakan hampir setiap bulan, pasti ada kereta Myvi akan buat sehingga meraih perhatian satu Malaysia. Bulan Mac lalu, sebuah kereta Myvi berwarna putih ditemui ‘terbang’ melepasi longkang besar di Jalan Indah Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri Johor Bahru.
Lewat petang semalam pula, pengguna jalan raya di bersebelahan kem askar Jalan Genting Klang menjadi saksi apabila melihat sebuah lagi Myvi berwarna putih ‘terbang’ dan tersangkut pada tebing bukit yang berada di tepi jalan.
@tankeryrvoverboost Baru jadi 25minit td….depan mata tgk die naik atas tu😂,sempat pegang kete die,suruh keluar dlu…takut jatuh je…mangsa selamat xde pape….
Video pendek yang berdurasi hampir 30 saat itu telah menarik perhatian orang ramai bukan sahaja yang berada di tempat kejadian, bahkan pengguna internet yang berkongsi sesama sendiri melalui media sosial masing-masing.
Seribu satu perasan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:

