Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Orbit 10000 ubah landskap telekomunikasi negara

today5 July 2024

Background


KUALA LUMPUR – Malaysia menjadi negara sulung dan pilihan utama bagi Orient Telecoms Plc (Orient Telecoms), sebuah penyedia perkhidmatan rang­kaian terurus dan telekomunikasi serta penyelesaian teknologi glo­bal untuk melancarkan per­khidmatan terbaharunya, Orbit 10000.

Perkhidmatan premium itu adalah pertama seumpamanya dilancarkan bertujuan untuk memenuhi keperluan perniagaan yang berskala besar disokong oleh perkhidmatan internet ber­kelajuan tinggi, ketersambu­ngan yang mantap, boleh dipercayai dan selamat.

Naib Presiden Orient Telecoms, Yane Alkushovski berkata, perkhidmatan ini mula dipasarkan di Malaysia dan ia akan diperluaskan ke peringkat serantau dan global secara berperingkat selepas ini.

Enggan mengulas mengenai jumlah sasaran pelanggannya yang terdiri daripada perusahaan bersaiz mega, beliau optimis perkhidmatan berkenaan bakal memberi manfaat kepada pelanggan daripada aspek kelajuan dan keselamatan 10,000 Mbps melalui Teknologi Slipstream Conduit proprietari…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post