Site icon Kool FM

Oriental Kopi mahu catat rekod jualan nasi lemak terbanyak dalam tempoh 8 jam


PETALING JAYA – Bersempena sambutan Hari Pekerja Jumaat ini, Oriental Kopi bakal melakar sejarah menerusi percubaan mencipta Rekod Dunia Guinness bagi kategori “Jumlah Jualan Nasi Lemak Terbanyak dalam Tempoh 8 Jam”.

Acara ini akan berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya yang  mana sasaran jualan adalah sebanyak 10,000 hidangan dalam tempoh yang ditetapkan.

Inisiatif ini bukan sekadar usaha untuk memecah rekod, malah menjadi platform penting dalam mengetengahkan kekayaan warisan kulinari Malaysia ke persada dunia.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput untuk turut serta dan menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Sebagai simbol perpaduan negara, nasi lemak menyatukan rakyat melalui cita rasa autentik.

Pengasas Oriental Kopi, Datuk Calvin Chan berkata, bagi menggalakkan penyertaan orang ramai, setiap hidangan nasi lemak akan ditawarkan pada harga istimewa, RM9.90 sepanjang tempoh cabaran agar mereka dapat menikmati hidangan ikonik ini sambil menyaksikan detik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version