PETALING JAYA – Orkim Sdn Bhd (Orkim) telah memeterai perjanjian sewa khas jangka panjang dengan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (Shell Malaysia) dan Shell Timur Sdn Bhd (Shell Timur) untuk menyerahkan dua kapal tangki baharu.
Kerjasama penting ini menandakan satu kemajuan besar dalam sektor maritim dan tenaga di Malaysia serta mengukuhkan lagi komitmen Orkim untuk menambah baik infrastruktur logistik dan pengedaran bahan api negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Orkim, Kapten Cheah Sin Bi berkata, perjanjian sewa khas ini memperlihatkan komitmen tidak berbelah bahagi syarikat untuk menyediakan penyelesaian logistik yang boleh dipercayai dan sekali gus mengukuhkan kerjasama berterusan selama 15 tahun dengan Shell Malaysia dan Shell Timur dalam pengangkutan serta pengedaran Produk Petroleum Bersih (CPP) ke seluruh Malaysia dan Singapura.

Perjanjian ini juga merupakan satu mercu jaya yang penting bagi Orkim, dengan peluasan angkatan kapal iaitu angkatan terbesar di negara ini bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
