
PETALING JAYA – Sambutan Bulan Kebangsaan dimanfaatkan Ouji sebagai platform untuk memperkukuh hubungan dengan pengguna menerusi pendekatan pemasaran berasaskan pengalaman.
Menerusi acara ‘Harumnya Merdeka Bersama-sama’ di pusat beli-belah 1 Utama dari 25 hingga 31 Ogos ini, pengguna berpeluang mengenali rangkaian produk syarikat dalam kategori keperluan rumah, penjagaan fabrik, penjagaan diri dan wangian.
Menerusi satu kenyataan, Ouji Malaysia berkata, pendekatan berkenaan membolehkan pihaknya mewujudkan ruang interaksi lebih dekat dengan pengguna menerusi aktiviti yang menggabungkan pengalaman, hiburan dan demonstrasi.
“Secara asasnya, Merdeka adalah apabila kita berkumpul dan meraikan detik-detik yang menyatukan kita.
“Melalui ‘Harumnya Merdeka Bersama-sama’, kami ingin mewujudkan ruang di mana keluarga dan rakan-rakan dapat mengeratkan hubungan, berseronok serta mengalami bagaimana rangkaian produk kami mampu meningkatkan lagi kehidupan harian,” kata…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: