Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, ‘burnout’ adalah keletihan emosi, mental dan fizikal yang disebabkan oleh tekanan yang berlebihan dalam satu jangka masa yang panjang. Situasi ini terjadi apabila seseorang berada dalam kesedihan sehingga tidak dapat mengurus keperluan diri atau mengalami tekanan akibat bebanan kerja yang banyak.
Pekerjaan atau kehidupan profesional boleh memberikan impak yang negatif jika dilakukan secara berlebihan. Terma ‘burnout‘ sudah lama digunakan malah ia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai satu sindrom klinikal pada tahun 2019.
Baca juga: Ismail Izzani Sambut Ulangtahun Ke-21 Pada 1 Ramadan
Menurut laporan yang ditulis oleh Astro Awani, satu kajian oleh AIA Vitality mendapati bahawa 53 peratus pekerja di negara ini mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi ‘burnout’ di tempat kerja.
Kajian tersebut juga mendapati, 12 peratus pekerja mengalami tahap kemurungan serta gemuruh (anxiety) yang tinggi. Ternyata, jumlah pekerja yang stress di tempat kerja adalah tinggi dan peratusan itu terus meningkat saban tahun.
Sering kali kita dengar rintihan di media sosial mengenai tekanan di tempat kerja sehingga kita sendiri menganggap bahawa ianya adalah perkara biasa, sedangkan hal ini bukanlah sesuatu yang baik untuk dibiasakan dan ianya tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh mengganggu emosi dan menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit lain.
Baru sahaja beberapa hari lepas Janna Nick berkongsikan video di Instagram di mana dia mengatakan bahawa dia terlampau penat bekerja dan sedang dalam tekanan. Dia dilihat menangis dengan penuh emosi di dalam video tersebut sehingga ramai yang meninggalkan komen, menasihatinya supaya berehat buat sementara waktu.
Terbaru, Diana Danielle, berkongsikan fakta-fakta tentang ‘burnout‘ di Instagram story miliknya. Dia juga ada menyelitkan tentang pengalamannya mengalami ‘burnout‘ selama 8 bulan bermula Julai 2020 sehingga Februari 2021.
Jelasnya di dalam posting tersebut, dia amat memahami bagaimana rasanya mengalami ‘burnout’.
“Sebagai seorang pelakon yang bekerja tidak tentu masa, kadang-kadang mengambil 4-5 projek dalam satu masa yang sama, ditambah lagi saya masih sedang belajar dan sekarang saya mempunyai perniagaan sendiri dan harus mengendalikan keluarga, saya tahu rasanya bagaimana mengalami ‘burnout’.”
Diana turut berkongsikan tentang jenis-jenis tekanan dan simptom-simptom ‘burnout’. Sementara itu, dia turut berkata bahawa dia sedih dan rasa seperti ingin menangis apabila teringat kembali keadaan dirinya yang dulu.
“A burnout is total exhaustion, outside you look fine, inside you are near comatose.”
Tambah Diana, amat sukar untuk keluar daripada keadaan tersebut apatah lagi bila ianya sudah disimpan lama. Perkara yang mudah dan kecil pun menjadi sangat berat buatnya.
“Ada yang kata ‘you’re lazy’…”
Luah Diana lagi, ada juga yang mengatakan dia seorang yang malas sedangkan dia bukanlah begitu. Prestasi kerjanya terganggu malah ada masa segalanya seakan jatuh musnah. Namun, dia memafkan mereka yang pernah berkata demikian kepadanya kerana bagi Diana mereka tidak faham akan apa yang terjadi dan jika mereka berada di tempatnya ketika itu, mungkin mereka juga tidak mampu bertahan.
Apa pun, kita doakan semoga Diana Danielle sentiasa berada dałam keadaan yang sihat.