Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Ovotherm Asia Pasific buka tapak pembuatan pertama di Malaysia

today20 June 2023

Background


PETALING JAYA – Ovotherm, pembekal utama produk dalam industri telur global merasmikan tapak pembuatan pertamanya di rantau Asia Pasifik di Klang melibatkan pelaburan sekitar RM38 juta.

Menerusi pembukaan kilang tersebut, Ovotherm Asia Pacific Sdn. Bhd. komited untuk menangani permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian pembungkusan telur boleh guna semula di rantau ini.

Syarikat tersebut menggunakan 100 peratus bahan kitar semula seperti kepingan PET untuk mengeluarkan pembungkusan telur berkualiti tinggi dan mesra alam.

Kilang berkeluasan 106,000 kaki persegi (9,847 meter persegi) itu juga dijangka akan mencipta lebih daripada 24 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menzahirkan keterujaannya dengan pelaburan tersebut.

“Saya gembira mendengar bahawa Ovotherm akan menyepadukan amalan mampan ke dalam model perniagaan di sini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post