Site icon Kool FM

‘Owner’ 99 Speed Mart Masuk Senarai Orang Terkaya Dengan Nilai RM12.1 Bilion


Lee Thiam Wah, pengasas rangkaian kedai serbaneka terkenal 99 Speedmart, bakal menyertai senarai bilionair terkaya Malaysia apabila 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 9 September ini, lapor FMT.

Lee yang berkerusi roda sejak kecil akibat polio tidak menghalang beliau untuk memiliki kekayaan dianggarkan AS$2.8 bilion (RM12.1 bilion), menurut Forbes.

Sebelum syarikatnya mula didagangkan, kekayaan bersih Lee meletakkan beliau di hadapan nama besar seperti Pengerusi Genting Group, Lim Kok Thay (AS$2.1 bilion/RM9.9 bilion), dan hanya sedikit di belakang pengasas Sunway Group, Jeffrey Cheah (AS$3 bilion/RM12.9 bilion).

Dengan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM1.65 sesaham dan modal saham diterbitkan berjumlah 8.4 bilion, 99 Speedmart bakal mencapai nilai pasaran sebanyak RM13.86 bilion.

Angka ini dijangka meningkat selepas penyenaraian, selaras dengan jangkaan ramai bahawa harga saham akan naik di atas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version