Site icon Kool FM

‘Owner’ Tesla Terkejut Kena Caj RM36,000 Akibat Minyak Bocor

minyak bocor tesla


Insiden yang dialami oleh Joey Arrowood, pemilik Tesla Cybertruck di Michigan, Amerika Syarikat, mendedahkan sisi realiti yang jarang kita dengar iaitu bil yang tinggi akibat minyak bocor, lapor MotorBiscuit.

Selepas menikmati percutian dengan ahli keluarga, Joey terkejut apabila mendapati terdapat lopak minyak di bawah Cybertruck miliknya.

Sebagai pemilik trak elektrik, beliau jujur keliru kerana kenderaan seperti Cybertruck tidak memerlukan minyak untuk enjin seperti kereta biasa.

Joey kemudiannya membawa trak itu ke pusat servis Tesla di Clarkson, Michigan, untuk pemeriksaan lanjut.

Selepas disiasat, punca dikenal pasti, motor belakang Cybertruck bocor akibat kerosakan pada bahagian aluminium yang melindungi sistem pemacu.

Apa yang lebih mengejutkan ialah punca kerosakan ini adalah akibat batu kecil yang terperangkap di antara subframe belakang dan kotak gear.

Batu tersebut dilaporkan menembusi bahagian aluminium menyebabkan minyak yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version