Kool FM

‘Pada Yang Merakam, Moga Ada Jalan Pulang’


Pelakon, Azhan Rani meluahkan rasa sedih dan terkejut apabila melihat satu video tular memaparkan seorang warga emas yang dihalau seorang wanita ketika sedang beriktikaf di sebuah surau.

Artikel Berkaitan: Azhan Rani Bawa Watak Autisme Sebagai Bilal

Teringat babak drama Nur

Menerusi Instagram (IG), Azhan atau nama lengkapnya Azhan Abdul Rani memaklumkan kejadian tersebut mengingatkan kembali sewaktu dirinya membawa watak Hambali menerusi drama ‘Nur’.

Hari ini tertengok satu video seorang pak cik yang sedang beriktikaf dalam sebuah surau dihalau keluar sambil dirakam dan dimuat naik di media sosial.

Alasannya, kerana pembaziran tenaga elektrik dan nak elakkan kecurian di surau itu kerana lepas waktu solat fardu.

Astaghfirullahalazim, dalam drama Nur pun kalau siapa ingat ada satu watak tok siak akan halau watak Nur yang cuba datang ke masjid sampai baling selipar hanya kerana Nur perempuan lorong dan dirasakan tak layak berada di rumah Allah….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version