Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Padah ‘Bermanja’ Secara Berbahaya, Pasangan Honda Ini Akan Disaman JPJ

today3 June 2026

Background
Padah 'Bermanja' Secara Berbahaya, Pasangan Honda Ini Akan Disaman JPJ


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang menyiasat video tular yang memaparkan tindakan seorang lelaki memandu kenderaan bersama seorang wanita yang duduk menghadapnya tanpa memakai tali pinggang keledar.

Memetik Harian Metro, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan mengesahkan bahawa tindakan undang-undang dan saman akan dikenakan terhadap kedua-dua pemandu dan penumpang terbabit sebaik sahaja siasatan selesai.

 

 

“Tindakan akan diambil terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit.

“Siasatan masih berjalan dan selepas selesai kita akan mengeluarkan saman kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post