Site icon Kool FM

Padah Berniaga Pakai Selipar, Peniaga Bazar Ramadan Kena Denda RM300


Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda terhadap dua peniaga bazar Ramadan atas kesalahan melanggar peraturan kebersihan dan keselamatan makanan dalam dua kes berasingan.

Dalam kes pertama, seorang peniaga berusia 24 tahun, Shahrul Iskandar Shamsulyuzi, telah dikenakan denda sebanyak RM300 oleh Majistret Nur Athirah Hashim lapor Kosmo.

Hukuman itu dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tidak memakai kasut sewaktu mengendalikan makanan di gerainya di Bazar Ramadan Kuala Ping pada 5 Mac 2025.

Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang menitikberatkan etika berpakaian pengendali makanan.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Shamsulyuzi Abdul Latiff Teo, 47, dijatuhi hukuman denda yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM2,000.

Dia didapati bersalah menjual ‘baby nanas’ yang mengandungi bahan pemanis tanpa zat yang dilarang, iaitu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version