
Durian Musang King sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan, namun keghairahan mengusahakan ’emas berduri’ ini tanpa mengikut lunas undang-undang pasti membawa padah.
Inilah realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh seorang pengusaha kebun durian apabila impian pertaniannya bertembung dengan tindakan undang-undang.
Pada hari Isnin yang lalu, suasana di Mahkamah Sesyen Raub menjadi saksi apabila Yong Lai Kien, seorang wanita berusia 48 tahun, dijatuhi hukuman denda yang cukup berat iaitu RM80,000.
Mengaku bersalah terhadap pertuduhan
Memetik Sinar Harian, wanita terbabit telah mengaku bersalah atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran bagi mengusahakan tanaman durian di kawasan Sungai Pertang, Mukim Gali, kira-kira dua tahun yang lalu.
Hukuman tersebut dibacakan oleh Hakim Puan Noor Zaihan Mohamad Ali, yang turut memberikan peringatan tegas bahawa tertuduh bakal berdepan dengan hukuman penjara selama lapan bulan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
