Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Padah Jual 40 ‘MC’ Palsu, Dua Lelaki Didenda RM8,000 Seorang & Penjara

today13 August 2026

Background
Padah Jual 40 'MC' Palsu, Dua Lelaki Didenda RM8,000 Seorang & Penjara


Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM8,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menjual sijil cuti sakit (MC) palsu.

Majistret Ellyna Othman turut memerintahkan tertuduh, Mohd Shukrie Zainuddin, 28, dan Muhammad Asyraf Zunaidy, 31, menjalani hukuman penjara lapan bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Hukuman penjara diperintahkan bermula dari tarikh mereka ditangkap, petik Berita Harian.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara tidak jujur memalsukan 40 sijil cuti sakit sebuah klinik dengan menggunakan nama serta tandatangan seorang doktor bagi tujuan menipu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kilang di Jalan Bypass Gebeng antara 28 Mac hingga 13 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post