Gelanggang rasmi skuad Perak FC iaitu Stadium Perak bakal berwajah baharu apabila kerja menaik taraf menggantikan rumput padang akan bermula pada hujung bulan Oktober.
Perkembangan itu disahkan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah menurut laporan Harian Metro.
Baca Juga:
Stadium tersebut akan ditutup bagi menjalani proses menaik taraf sistem saliran serta penukaran rumput padang kepada rumput Zeon Zoysia dan dijangka siap bulan Jun tahun depan.
Sepanjang tempoh penutupan itu, pasukan Liga Super Perak FC akan bermain di Stadium Manjung pada sebelah petang.
“Sepanjang proses naik taraf itu, Stadium Perak akan ditutup dan pasukan Liga Super Perak akan bermain di Stadium Manjung pada sebelah petang dengan perlawanan pertama adalah pada 19 Oktober ini apabila Perak menentang Sabah.
“Pelantikan kontraktor sudah dibuat oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Kerja-kerja naik taraf itu akan bermula apabila…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
