Site icon Kool FM

Pahang Rangers Mara Ke Separuh Akhir

Pahang Rangers


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pahang Rangers segera melupakan kekalahan pada aksi sulung dalam Kejuaraan Futsal Kelab AFF 2023 selepas menundukkan wakil Myanmar, Victoria University College (VUC) 4-3 sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan penting dicatatkan tersebut sekali gus turut membawa skuad kendalian Gerard Casas itu ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan A.

Ini bermakna wakil negara itu akan berhadapan dengan kelab gergasi Indonesia, Black Steel FC Papua pada aksi yang bakal berlangsung Jumaat.

Aksi yang berlangsung di Terminal 21 Korat, Thailand itu bagaimanapun berlangsung dengan cukup sengit terutamanya selepas Pahang Rangers mendahului empat gol.

Hanya kemenangan yang membawa mereka ke pusingan seterusnya, Pahang Rangers memulakan aksi dengan cukup garang sebaik sahaja aksi dimulakan.

Ia jelas dibuktikan apabila mereka berjaya menjaringkan tiga gol pada lima minit awal menerusi Matheus Gonzalez (minit pertama), Akmarulnizam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version