Site icon Kool FM

Pahang Rangers Raih Kejuaraan Berganda, Julang Piala Futsal Malaysia 2023

Pahang Rangers


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pahang Rangers terus membuktikan kejaguhan apabila muncul juara Piala Futsal Malaysia 2023 setelah menundukkan seteru utama, Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah aksi sebenar terikat 4-4.

Kemenangan pada aksi penuh dramatik itu sekali gus menjadikan Pahang Rangers selaku juara berganda selepas anak buah Gerard Casas Ulestre itu sebelum ini menjulang trofi liga.

Ini bermakna dua kali Pahang Rangers meranapkan impian JDT untuk bergelar juara pada penampilan sulung mereka dalam kancah liga futsal profesional negara.

JDT bagaimanapun tidak menunggu lama untuk berada dihadapan apabila percubaan Ekmal Shahrin selepas melepasi kawalan dua pemain Pahang Rangers tidak mampu diselamatkan penjaga gol, Zainul Zahin Sinuan pada minit kedua.

Pahang Rangers kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-17 setelah Ridzwan Bakri dengan bersahaja melakukan kuisan hasil ‘setpiece’ kemas dijelmakan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: