Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Kelab gergasi futsal tanah air, Pahang Rangers bakal mengibarkan bendera Malaysia dalam Piala Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 7 Mei nanti di Thailand.
Artikel Berkaitan:
Ini merupakan kali kedua Pahang Rangers berpeluang beraksi dalam saingan tersebut selepas turut serta menyertai kejohanan itu pada edisi 2021 yang turut berlangsung di Nakhon Ratchasima.
Turut sama menyertai saingan yang diadakan buat kali kesembilan itu ialah Hongyen Thakam dari Thailand, Black Steel Papua (Indonesia), Thai Son Nam (Vietnam), VUC Futsal Club – Victoria University College (Myanmar) dan Football Victoria Futsal (Australia).
Difahamkan, majlis undian untuk memisahkan enam kelab tersebut kepada dua kumpulan akan diadakan pada hari ini.
Setiap pasukan bertanding boleh mendaftarkan tiga orang pemain import dimana salah seorangnya wajib daripada kalangan pemain dari Asia Tenggara.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
